Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk me­laku­kan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memper­daya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apa­kah yg diliputi dan yg ~? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kekuatan otak utk menimbangkan atau utk memikirkan sesuatu; daya berfikir: Orang yg kurang ~ saja yg sanggup melakukan perkara yg tidak senonoh. 2 daya upaya atau cara utk melakukan sesuatu; ikhtiar: Dicarinya ~ bagaimana hendak melepaskan dirinya drpd bahaya itu. 3 tipu daya; helah; muslihat. ~ budi fikiran yg sihat. ~ bulus (kancil) tipu daya yg licin. ~ geladak tipu daya utk tujuan buruk. berakal mempunyai akal; cerdik; pintar. mengakali 1 mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2 menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akal

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Akal sebagai makan nasi lecek.

Bermaksud :

Fikiran seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HILANG AKAL UMUM 
MUKTAZILAH

Muktazilah ialah nama sebuah kumpulan Islam

yang banyak menggunakan hujah akal dalam usul-usul

agama, dalil-dalil dan kiasan hukum yang lain.

Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman

pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah.

UMUM 
ILMU KALAMIlmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan
persoalan akidah Islam dan mempertahankannya,
di samping menolak keraguan yang timbul
mengenainya berpandukan logik akal dan bukti-
bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah
analisa dan falsafah.
UMUMUmum
TILMISANIY, AL-SYARIF AL-

Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310–

1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab

Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu

akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia

dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga

ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan

serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh

Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain

daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al-

Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi.

UMUM 
MANUSIA

Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia

makhluk Allah di muka bumi antara semua

kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan

menjadikan kejadiannya sama dan seimbang.

Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok

dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan

pertuturan yang dapat membezakannya daripada

makhluk yang lain.

UMUM 
KHURAFAT

Khurafat, kepercayaan karut, tahyul atau dongeng. Ia juga dikaitkan dengan “kata-kata yang tidak diterima akal”.

AGAMAKonsep
SEMMELWEIS, IGNAZ PHILIPP

Semmelweis, Ignaz Philipp (1818–1865) ialah

doktor Hungary yang pertama menggunakan

kaedah antiseptik secara meluas ketika kelahiran

bayi. Di Hospital Besar Vienna, dia menyedari

bahawa demam nifas yang biasanya membunuh 12

orang daripada setiap 100 orang ibu, adalah

penyakit berjangkit dan doktor sendiri

menyebabkan penyakit ini merebak jika mereka

tidak membasuh tangan semasa merawat pesakit.

Semmelweis dicemuh kerana ideanya yang tidak

masuk akal, tetapi dia tetap dengan pendiriannya

dan pada tahun 1860 menerbitkan karya klasiknya,

berjudul The Etiology, Concept and Prophylaxis of

Childbirth Fever . Penentang idea ini menyerangnya

sekeras-kerasnya, dan pertelingkahan ini akhirnya

menyebabkan Semmelweis diserang sakit mental.

Pada tahun kematian Semmelweis, Joseph Lister

mencuba operasi antiseptik yang pertama dan tidak

lama kemudian disahkan bahawa hipotesis

Semmelweis adalah benar. Semmelwies lahir di

Budapest.

UMUM 
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. 

SASTERAKarya
MITOS

MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya.  Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif.  Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak.  Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan.  Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut.

SASTERAKepercayaan

Kembali ke atas