AKHIRAT | Akhirat, hari semua manusia dibangkitkan untuk menghadap Allah SWT. Konsep akhirat memperlihatkan kekuasaan Allah SWT Yang Maha Agung ke atas sekalian hamba dan makhluk-Nya di atas muka bumi ini. | AGAMA | Konsep |
KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT | KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT, majalah yang terbit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini dicetak oleh Al-Islamiah Press di Singapura bagi keluaran pertamanya pada 17 September 1935, di bawah pimpinan Mohd. Ali Abduh. Majalah ini diterbitkan secara bulanan pada tiap-tiap pertengahan bulan setebal 28 halaman dan berukuran 26 cm x 38 cm. Majalah ini memuatkan penulisan rencana dan sastera yang bersifat keagamaan. Tulisan yang termuat dalam majalah ini berusaha memupuk dan membentuk minda masyarakat Melayu supaya lebih berorientasi keagamaan, di samping mempertingkatkan nilai moral dan takwa mereka. | SASTERA | Penerbitan |
SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
RUKUN IMAN | rukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya. | AGAMA | Konsep |
NERAKA | Neraka, tempat orang yang berdosa dan orang kafir diseksa di alam akhirat. Neraka dalam bahasa Arab ialah al-Nar yang bermaksud api. | AGAMA | Konsep |
SURAH AL-MULK | Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiaptiap sesuatu”. (Surah al-Mulk 67:1) | UMUM | |
SURAH AL-TARIQ | Surah al-Tariq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-86 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 17 ayat. Surah ini dinamakan al-Tariq (bintang yang menembus sinaran cahayanya) kerana di permulaan surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan perkataan itu. Surah ini menangani beberapa masalah berkaitan dengan akidah Islam. Perbahasan surah ini berkaitan keimanan dengan hari kebangkitan semula manusia di akhirat. | UMUM | |
HARAM | Haram, sesuatu yang ditegah oleh syarak dengan tegahan yang pasti. Seseorang yang melakukan perkara yang diharamkan adalah berdosa dan akan menerima balasan daripada Allah SWT berupa azab di akhirat kelak. | AGAMA | Konsep |
SURAH AL-ZUKHRUF | Surah al-Zukhruf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-43 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 89 ayat. Surah ini dinamakan al-Zukhruf bermaksud perhiasan kerana terdapat perkataan itu di dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Serta pelbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang yang bertakwa”. (Surah al-Zukhruf 43:35) | UMUM | |
PADANG MAHSYAR | Padang Mahsyar ialah tempat perhimpunan semua manusia selepas dibangkitkan semula pada hari akhirat kelak. | AGAMA | Konsep |