Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne Regrette Rien’. Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf (yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent dan beberapa filem lain, termasuklah French- Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir. |