Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.si] | اکسي

Definisi : 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.si] | اکسي

Definisi : 1 tingkah laku (sikap, gerak-geri) yg dibuat-buat. 2 tindakan; gerakan. beraksi 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksi

Peribahasa

Bagaimana bunyi gendang,
     begitulah tarinya.

Bermaksud :

Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIAKESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA, gabungan persatuan mahasiswa di Indonesia yang menentang Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia atau ringkasnya KAMI, dirasmikan pada 25 Oktober 1965 di rumah Menteri Pen­didikan Tinggi waktu itu, Brig. Jen. Dr. Syarif Thayeb. Antara pemimpin yang terlibat termasuklah Cosmas Batubara, David Napitupulu, Abdul Gafur, Marsilam Siman­juntak dan Liem Bian Koen. Anggota KAMI terdiri daripada Himpunan Mahasiswa Islam, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Serikat Organisasi Mahasiswa Lokal, Perhimpunan Mahasiswa Katholik Republik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah, Serikat Mahasiswa Muslimin Indonesia dan lain-lain.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM 
ANIMASI

Animasi ialah teknik filem yang membolehkan

pembuat filem menghasilkan ilusi pergerakan,

bukan merakamkannya dengan kamera sebagai

aksi hidup.

UMUM 
POTTER, BEATRIX

Potter, Beatrix (1866–1943) ialah pengarang dan

pelukis Inggeris yang terkenal dengan cerita

haiwan kecil yang menyeronokkan untuk kanak-

kanak. Bukunya menggabungkan kisah

pengembaraan dan jenaka serta dihiasi lukisan cat

air yang cantik menggambarkan aksi dan suasana

cerita itu. Cerita Potter yang pertama dan paling

terkenal ialah The Tale of Peter Rabbit (1902).

UMUM 
RACINE, JEAN

Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis

drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada

Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan

klasikal untuk penggubahan, termasuk

penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya

yang unggul adalah kesederhanaannya.

Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah

terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi.

UMUM 
STENDHAL

Stendhal (1783–1842) ialah nama pena bagi Marie

Henri Beyle, salah seorang tokoh utama dalam

sejarah novel psikologi Perancis. Stendhal lahir di

Grenoble, Perancis. Dia menyertai Perang Napoleon

dan Napoleon I menjadi wiranya yang hebat. Julien

Sorel, wira dalam karya terbaik Stendhal, The Red

and the Black (1830), menjalani hidup penuh dengan

aksi hebat dan bercita-cita besar seperti Napoleon.

Novel lain Stendhal yang terkenal The Charterhouse

of Parma (1839), bermula dengan kekalahan

Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, dan

seterusnya mengisahkan komplot politik di Itali.

UMUM 
PENGLIPUR LARAPENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu.  Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita  tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya.  Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat.  Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya.  SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN TRADISIONAL

TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas