AYAT AKTIF | Ayat aktif ialah ayat yang subjeknya melakukan perbuatan. Dalam ayat “Dia menembak rusa itu”, subjek Dia melakukan perbuatan menembak. | BAHASA | Konsep |
PHOEBE | Phoebe ialah burung kecil, aktif, yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang tergolong dalam famili flycatcher . Phoebe mempunyai belakang berwarna hijau zaitun kekelabuan dan dadanya putih kekuningan. | UMUM | |
VITRUVIUS | Arkitek dan penulis Rom yang aktif dari tahun 46 hingga 30 SM. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
PUPA | Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam metamorfosis (perkembangan) kebanyakan serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa, satu bentuk sementara yang membolehkan struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa muncul dengan memecahkan “kulit” pupa. Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua hari, atau sehingga satu tahun atau lebih, bergantung pada spesies. Peringkat ini membolehkan sesetengah serangga dewasa, seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia juga membolehkan sesetengah serangga yang berkembang mengelakkan kepanasan dan kesejukan yang melampau, kebuluran, dan kemarau. | UMUM | |
MONT PELÉE | Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut. Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902, selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint- Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh. Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung berapi di atas Mont Pelée. | UMUM | |
PLASEBO | Plasebo ialah sejenis bahan yang kadangkala digunakan oleh doktor sebagai ubat walaupun ia tidak mengandungi sebarang ramuan bahan yang aktif. Plasebo boleh melegakan pesakit dan ada kalanya menyembuhkan pesakit. Plasebo kelihatan sama seperti dadah biasa, tetapi biasanya hanya mengandungi larutan gula atau garam. Doktor ada kalanya menggunakan plasebo sebagai dadah biasa kerana mendatangkan kesan positif terhadap kira- kira 30 peratus pesakit. Pembaikan hasil penggunaan bahan bukan aktif ini dikenali sebagai kesan plasebo. | UMUM | |
BIOSENSOR | Sejenis alat analisis yang menggabungkan alat elektronik dan keupayaan pengenalan spesifik bahan aktif biologi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
KELPIE AUSTRALIA | Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna bulunya adalah hitam, sawo matang, merah, perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie (bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya diperoleh daripada jualan anak Kelpie. | UMUM | |
PERLING | Perling ialah nama bagi kira-kira 80 spesies burung yang bising dan aktif, bersaiz kecil hingga sederhana. Banyak spesies perling bersarang dalam lubang pada pokok. | UMUM | |
PERUBATAN SUKAN | Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko terhadap kecederaan dan untuk merawat secara berkesan sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku. Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor, pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan untuk membantu para atlet mempersembahkan prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini juga akan membuat penilaian tentang kaedah melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk dan penggunaan peralatan olahraga dan kemudahan. | UMUM | |