Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ti.vis] | اکتيۏيس

Definisi : orang yg melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif: dua puluh tahun bukanlah waktu yg pendek bagi seseorang, apalagi bagi seorang tokoh yg menjadi ~ gerakan kemerdekaan semenjak usia muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktivis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAN CHEE KHOONAhli politik dan aktivis masyarakat.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANTONIUS, GEORGE

Antonius, George (1892–1942) ialah penulis dan

aktivis politik Palestin. Pada bulan Januari 1939, dia

dipilih sebagai salah seorang wakil bagi mewakili

negara Arab dalam persidangan mengenai masa

depan Palestin. Antonius kemudian dilantik sebagai

setiausaha agung bagi perwakilan Arab. Persidangan

yang diadakan di London itu berlangsung selama

enam hari dan berakhir dengan jalan buntu.

UMUM 
ABDULAZIZ H.M.ABDULAZIZ H.M. (1949-1996), penyair dan aktivis teater. Dia lahir pada 19 November 1949 di Kampung Padang Raja, Melor, Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Yahya.SASTERAKonsep
ROBESON, PAUL

Robeson, Paul (1898–1976) ialah penyanyi,

pelakon dan aktivis politik kulit hitam Amerika.

Robeson lahir di Princeton, New Jersey. Dia

menuntut di Rutgers University.

UMUM 
KELLER, HELEN ADAMS

Keller, Helen Adams (1880–1968) ialah penulis

Amerika dan aktivis bagi golongan kurang upaya.

Dia menjadi contoh terbaik bagi seseorang yang

berjaya dalam usaha mengatasi kecacatan fizikal.

Dia lahir di Tuscumbia, Alabama. Semasa berumur

dua tahun, sejenis penyakit yang serius telah

merosakkan penglihatan dan pendengarannya.

Oleh itu, dia tidak boleh bercakap dan terus

terasing dari dunia luar. Namun begitu, dia bangkit

daripada kekurangan itu hingga menjadi terkenal

pada peringkat antarabangsa dalam usahanya

membantu golongan kurang upaya menikmati

hidup yang lebih bermakna.

UMUM 
MOHD. EUNOS ABDULLAH
 
MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor.
SASTERATokoh
ABDULLAH HUSSAIN, DATO

ABDULLAH HUSSAIN, Dato (1920 -      ), penulis, wartawan, aktivis politik dan Sasterawan Negara yang kelapan. Dia lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Dalam penulisan, dia banyak menggunakan nama samaran, antaranya termasuklah Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed.

SASTERAKonsep
DJAMAL TUKIMINDJAMAL TUKIMIN (1946 -    ), penulis dan aktivis budaya Singapura. Dia lahir pada 20 Oktober 1946 di Geylang Serai, Singapura. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Teluk Kurau, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Singlap dan Sekolah Menengah Tun Seri Lanang. Djamal tidak pernah mempunyai pekerjaan tetap sejak meninggalkan bangku sekolah.SASTERATokoh
JAMDIN BUYONG, DATUK

Jamdin Buyong, Datuk (1946-   ), penulis, aktivis budaya, bahasa, dan sastera Melayu di Sabah.

BAHASATokoh
A. RASHID NGAH, DATO'

A. RASHID NGAH, Dato’ (1937-   ), penulis, aktivis sastera dan ahli politik.  Dia lahir pada16 September 1937 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. 

SASTERAKonsep
123

Kembali ke atas