Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUMAH ITU DUNIA AKU

RUMAH ITU DUNIA AKU, novel karya Hamzah Hussin.  Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1951 dengan menggunakan tulisan jawi.  Pada tahun 1958, ia dicetak dengan judul Anak Gundik.  Pada tahun 1964, ia dicetak dengan menggunakan tulisan rumi oleh Penerbitan Pusaka Melayu Baru.  Pada tahun 1989, Rumah Itu Dunia Aku diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama novel Hamzah yang lain dalam satu buku yang diberi judul Novel-Novel Hamzah yang diselenggarakan dan diberi kata pengantar oleh S. Othman Kelantan.

SASTERAKarya
SANDBURG, CARL

Sandburg, Carl (1878–1967) ialah penyair, penulis

biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama

menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha

mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan

keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika.

Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl

Sandburg berkata tentang dirinya: “Aku akan menjadi

jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari

mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan

mengatakan apa sahaja.”

UMUM 
SURAH YASIN

Surah Yasin ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 83 ayat. Surah

ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah

memulakan surah yang mulia ini dengan huruf

tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga

menjadi tanda kemukjizatan al-Qur’an al-Karim.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika

menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya

yang bermaksud:

“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai

hati dan hati al-Qur’an itu ialah surah Yasin . Oleh

itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap

insan di kalangan umatku.”

UMUM 
ORANG-ORANG BLOOMINGTON

ORANG-ORANG BLOOMINGTON, kumpulan cerita pendek karya Darma yang diterbitkan pada tahun 1980. Buku setebal 188 halaman ini memuatkan tujuh buah cerita pendek, iaitu “Laki-laki Tua Tanpa Nama”, “Joshua Karabish”, “Keluarga M”, “Orez”, “Yorrick”, “Ny. Elberhart”, dan “Charles Lebourne”. Walaupun judul buku ini Orang-orang Bloomington, tetapi empat ceritanya pengisahkan pendatang yang tinggal untuk sementara di kota kecil itu. Semua cerita bersudut pandangan pencerita “akuan”. Justeru, cerita tentang tokoh ‘aku’ ini yang selalu menonjol, dan dalam beberapa hal mempersatukan tujuh buah cerita pendek ini sebagai satu kesatuan.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas