Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kua.tik] | اکواريوم

Definisi : 1. peti kaca tempat memelihara ikan; 2. bangunan tempat mempamerkan ikan dan binatang-binatang lain yg hidup di dlm air atau berhampiran dgn air (spt kura-kura, ular, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kua.tik] | اکواريوم

Definisi : 1 peti kaca dsb tempat memelihara ikan dan binatang-binatang yg hidup di dlm air. 2 bangunan tempat mempamerkan ikan dan binatang-binatang yg hidup di dlm air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akuarium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKUARIUM

Akuarium ialah tempat memelihara ikan dan

 haiwan air yang lain. Saiz akuarium berbeza-beza,

daripada tangki kaca kecil hingga kepada bangunan

besar yang mengandungi pameran segala jenis

dan saiz haiwan air.

UMUM 
IKAN TROPIKA.Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam
habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika.
Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada
jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak
sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah.
Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada
ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira
2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira
600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium
rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga
boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
UMUMUmum
TETRA

Tetra ialah sejenis ikan kecil tropika yang hidup

dalam sungai di Amerika Selatan dan Afrika. Tetra

juga dikenali sebagai characin . Terdapat hampir

1500 spesies ikan ini. Tetra adalah ikan akuarium

yang popular kerana ia boleh dipelihara dalam

kurungan dan berwarna cantik. Kebanyakan tetra

membesar 5 sentimeter hingga 8 sentimeter

panjangnya dan hidup tiga tahun hingga empat

tahun.

UMUM 

Kembali ke atas