Osteomielitis ialah keradangan tulang dan sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan, biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun. Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria. Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan, kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya. Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan tulang dan seterusnya kecacatan. |