Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (al-‘Alim) Ar Yang Maha Mengetahui (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Alim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL-

Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370

M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir

dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al-

Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama

Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam

wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah

saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai

Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan

menuntut ilmu daripada alim ulama di sana.

Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama

ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu

daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya

sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan

al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah

mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa.

Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18

tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa.

Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di

Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab.

Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh

Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang

dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al-

Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al-

Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul

al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’.

Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik.

UMUM 
ANBARIY, ABU AL-BARAKAT AL-

Anbariy, Abu al-Barakat al- (513 H.– 577 H./1119

M.–1181 M.), alim yang masyhur dalam bidang

bahasa dan nahu. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-

Rahman ibn Abu al-Wafa’ al-Anbariy. Dia diberi

gelaran Kamal al-Din, Al-Anbariy lahir di al-Anbar,

Iraq daripada keluarga berilmu dan bertaqwa. Dia

meriwayatkan hadith daripada bapanya dan bapa

saudara sebelah ibunya. Al-Anbariy memulakan

pengajiannya di al-Anbar, kemudian dia berpindah ke

Baghdad ketika masih kecil dan tinggal di sana

sehingga akhir hayatnya.

UMUM 
NABLUSIY, 'ABD AL-GHANIY' AL-

Nablusiy, ‘Abd al-Ghaniy’ al- (1050–1143 H./

641–1731 M.), penyair, alim dalam bidang agama

dan mempunyai kecenderungan ke arah kesufian.

UMUM 
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY,

Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.–356 H./

897 M.– 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada

abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga

Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy

ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian

berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di

Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim

ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan

seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al-

Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, ‘Ali ibn

Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn

Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Ja‘far, Jahzah dan

beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj

mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk

syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu

keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan

khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga

menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan

cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan

farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai

pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai

seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz.

UMUM 
MUHAMMAD IBN KA'B AL-QARAZIY

Muhammad ibn Ka’b al-Qaraziy (40 H.–120

H./ 661 M.–737 M.), salah seorang pemerintah Bani

Awsa. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ka’b

ibn Salim al-Qaraziy al-Madaniy. Bapanya menjadi

tawanan Bani Qurayzah. Muhammad menetap di

Kufah dan selepas itu menjadi penduduk Madinah.

Dia merupakan pemimpin yang alim, jujur, ahli

hadith dan ahli tafsir yang amat dipercayai.

UMUM 
SARKHASIY, IBN SAHL AL-

Sarkhasiy, Ibn Sahl al- ( ? – 483 H.), ahli Fiqh

dan usul Fiqh dalam mazhab Hanafi. Nama

penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Abi

Sahl, salah seorang imam yang terkenal. Al-

Sarkhasiy diambil sempena nama Sarkhas, sebuah

negara lama di Khurasan. Dia mempelajari ilmu fiqh

dan usul daripada imam terkenal al-Hilwaniy dan

mencapai kedudukan keilmuan yang tinggi. Anak

Kamal Basha menganggapnya salah seorang ahli

ijtihad. Al-Sarkhasiy seorang yang alim, bertugas

sebagai penasihat kepada pemerintah. Al-Sarkhasiy

dipenjara oleh al-Khaqan atas permintaannya.

Hukuman penjara tidak menghalangnya untuk

mengajar murid-muridnya. Dia telah mengarang

kitab al-Mabsut , kitab tentang fiqh Hanafi yang

paling hebat dan telah dicetak dalam 30 juzu’

semasa berada di dalam penjara bawah tanah.

Dia juga telah mengarang S yarah al-Sair al-Kabir

karangan Muhammad ibn al-Hassan. Al-Sarkhasiy

telah mengarang kitab Mukhtasar al-Tahawiy dan

kitab usul fiqh mazhab Hanafi yang teragung, yang

dikenali sebagai Usul al-Sarkhasiy .

UMUM 
MUSLIM IBN ‘AQIL

Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta

berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn

‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim.

Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar

menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar

oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk

meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn

menerima banyak surat yang menyerunya agar

datang ke Kufah untuk dibai’ah.

UMUM 

Kembali ke atas