Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar gelaran yg diberikan kpd Nabi Muhammad SAW kerana sifatnya yg amanah serta boleh dipercayai: kerana sifatnya yg amat jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Amin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD AL-AMIN AL-‘ABBASIY

Muhammad al-Amin al-‘Abbasiy (170 H.–198

H./787 M.–813 M.), khalifah Bani Abbasiyyah. Nama

penuhnya ialah Muhammad ibn Harun al-Rashid

ibn al-Mahdiy ibn al-Mansur. Dia lahir di pinggir

kota Baghdad, enam bulan selepas kelahiran

abangnya al-Ma’mun. Ibunya bernama Umm Ja‘far

Zubaydah bint Ja‘far ibn al-Mansur. Tidak terdapat

seorang pun dari golongan Bani Abbasiyyah yang

kedua-dua ibu bapa mereka daripada golongan

Bani Hashim kecuali al-Amin. Dia dilantik menjadi

khalifah selepas kematian ayahnya pada tahun 193

H./808 M. berdasarkan wasiat ayahandanya sendiri.

Al-Ma’mun pula dilantik menjadi pemimpin di

Khurasan dan wilayah di bawahnya. Dia dijanjikan

jawatan khalifah selepas al-Amin. Walau

bagaimanapun, pada tahun 195 H./810 M., al-Amin

memecat al-Ma’mun daripada jawatan Putera

Mahkota. Al-Ma’mun kemudiannya menyeru al-

Amin meletak jawatan di Khurasan, manakala dia

digelar Amir al-Mu’minin. Selepas itu berlaku

peperangan antara dua orang bersaudara ini.

Tentera al-Ma’mun mengepung kota Baghdad

dalam tempoh yang lama. Peperangan tersebut

berakhir dengan terbunuhnya al-Amin di bandar al-

Salam.

UMUM 
MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH

MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Sekolah ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, dan didirikan pada tahun 1930-an. Para pengasas sekolah ini terdiri daripada tokoh gerakan Kaum Muda seperti Syekh Abdullah al-Maghribi, Syekh as-Shiblee, Haji Ibrahim Aqiby serta tokoh Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) seperti S.M. Zainal Abidin, Muhammad Tamin Sutan Deman dan Nyak Amin. Syekh Abdullah al-Maghribi, bekas mudir dan guru di Madrasah al-Mashor al-Islamiyah, menjadi pengetua sekolah ini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
HAJI YAHAYA JUNID

HAJI YAHAYA JUNID (1911 -            ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK KU PALUHTUK KU PALUH (1817-1917), ulama.  Dia dipercayai lahir pada tahun 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad.  Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk Ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu, yang dipercayai berasal dari Hadramaut.  Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa.  Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya.  Dia juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Mohd. Amin atau Tuk Syekh Duyung, ulama yang menjadi mufti Baginda Omar.  Setelah dewasa, Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Makkah dengan mendalami ilmu tafsir, hadis, tauhid dan tasawuf.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PASPAM

PASPAM, pertubuhan bercorak sosial dan kebudayaan.  Pertubuhan ini jelas mampu membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.  Nama penuh PASPAM ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya. PASPAM ditubuhkan pada bulan September 1934, hasil anjuran Syed Alwi     al-Hadi, pengarang akhbar Saudara, yang berminat terhadap kegiatan Sahabat Pena yang telah ditubuhkan melalui akhbar Saudara pada 7 April 1934.  Syed Alwi telah menjemput rakan-rakan yang berminat dalam Sahabat Pena seperti Zainal Abidin B.A., Syekh Abdullah Maghribi, Nyak Mohd. Amin, CM. Ibrahim, Syed Abdul Rahman           al-Yahya dan Syed Ali Yahya untuk sarna-sarna menggerakkan PASPAM.

SASTERAPersatuan

Kembali ke atas