DHAHABIY, SYAMS AL-DIN AL- | Dhahabiy, Syams al-Din al- (673–748 H/1275– 1347 M), imam hafiz, ahli hadith, penghafiz, dan ahli sejarah Islam. Nama penuhnya ialah Shams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn ‘Uthman ibn Qaymaz. | UMUM | |
QASIMIY, JAMAL AL-DIN AL- | Qasimiy, Jamal al-Din al- (1283–1332 H./1866– 1913 M.) ialah ulama besar yang memerangi bid‘ah dan menyeru kebenaran. Nama sebenarnya ialah Abu al-Faraj Muhammad Jamal al-Din ibn Sa‘id. | UMUM | |
NUWAYRIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Nuwayriy, Shihab al-Din al- (677–733 H./1279– 1333 M.), penulis ensiklopedia. Nama sebenarnya ialah Shihab al-Din Ahmad ibn Abd al-Wahab al- Bakriy al-Nuwayriy. Dia lahir di Qus, kawasan tanah tinggi di Mesir. Namanya dinisbahkan kepada Nuwayrah iaitu nama salah sebuah kampung Bani Suwayf di Mesir. Bapa Nuwayriy ialah penulis terkenal di jabatan kerajaan. Anak Nuwayriy bekerja sebagai ketua penulis di pejabat tentera di Tarablus, Syam. | UMUM | |
ZIRIKLIY, KHAYR AL-DIN AL- | Zirikly, Khayr al-Din al- (1310 H–1396 H/ 1793 M–1976 M) ialah sasterawan, penyair, dan pengarang. Nama penuhnya ialah Khayr al-Din ibn Mahmud ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Faris al-Zirikliy al-Dimashqi. Dia lahir di Beirut. Ibu bapanya berasal dari Damsyik. Dia dibesarkan dan mendapat pendidikan di Damsyik serta berguru dengan para ulama di sana. Kemudian, dia menumpukan perhatian dalam bidang sastera dan berjaya menerbitkan majalah mingguan yang bertajuk al-Asma’i. | UMUM | |
ALUSIY, ABU AL-THANA’ SHIHAB AL-DIN, AL- | Alusiy, Abu al-Thana' Shihab al-Din, al- (1217 H.–1270 H./ 1802 M.–1854 M.), ahli fiqh, ahli tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah Shihab al-Din Mahmud ibn ‘Abdullah al-Husayniy. Dia lahir di Baghdad dan menerima pendidikan daripada ulama yang sezaman dengannya. Dia seorang yang cerdik, bijak dan sangat mementingkan pengajian. Hampir semua perkara yang didengarnya tidak dilupakannya, sehingga dia menjadi ulama yang tiada tolok banding pada zamannya | UMUM | |
QARAFIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Qarafiy, Shihab al-Din al- (? –684 H./? –1285 M.), tokoh ilmu fiqh Mazhab Malikiy dan salah seorang tokoh ilmu usul. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Idris ibn ‘Abd al-Rahman, Abu al-’Abbas Shihab al-Din al-Sanhajiy al-Qarafiy. Al-Qarafiy lahir di Bahnasa, Mesir. Keluarganya berasal dari Sanhajah, Maghribi. | UMUM | |
SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.) | SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn Ya‘qub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al- Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar. Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya memberi khidmat kepadanya dalam keadaan inilah lahirnya Salah al-Din. | UMUM | |
QASTALANIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Qastalaniy, Shihab al-Din al- (851–923 H./ 1448 –1517 M.), ahli hadith, ahli sejarah, ahli fiqh dan pakar dalam bidang qira’at. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Abu Bakr ibn ‘Abd al-Malik ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Husayn ibn ‘Ali. Dia berasal dari Qastalan, Mesir. | UMUM | |
RAZIY, FAKHR AL-DIN AL- | Raziy, Fakhr al-Din al- (544–606 H./1150–1210 M.), pakar dalam bidang ilmu tafsir, ilmu kalam, astronomi, falsafah, ilmu-ilmu teras agama dan sebagainya. Nama penuhnya ialah Abu ‘Abdullah Muhammad ibn ‘Umar ibn al-Hasan ibn al-Husayn al-Taymiyal-Raziy, yang lebih terkenal dengan gelaran Fakhr al-Din. Dia lahir di al-Rayy, Tabristan. Dia pernah berguru dengan beberapa orang ulama besar pada zamannya termasuk bapanya sendiri. Dia terkenal kerana kebijaksanaan dalam pelbagai ilmu. | UMUM | |
FAKHR AL-DIN AL-RAZI | Fakhr al-Din al-Razi (544 H-606 H), ulama ilmu Kalam. Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Umar bin al-Hussain bin al-Hasan bin Ali Fakhr al-Din. | AGAMA | Tokoh |