Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Hadi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi (1867–1934) ialah

penulis dan wartawan. Ketika berumur 14 tahun,

dia dibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat, Riau,

Sumatera untuk berguru dengan Raja Ali Haji

mengenai agama, bahasa Melayu dan Arab. Dia

kemudiannya dihantar ke Makkah, Beirut dan

Kaherah untuk memperluaskan pengetahuannya.

Semasa berada di Kaherah, dia menimba ilmu

daripada Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang

tokoh gerakan pembaharuan Islam di Timur

Tengah.

UMUM 
SYED ALWI SYED SYEKH AL-HADI

SYED ALWI SYED SYEIKH AL-HADI (1892-1967), penulis dan tokoh kewartawanan. Beliau lahir pada 8 Ogos 1892 di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Syed Alwi ialah anak kepada Syed Syeikh al-Hadi. Syed Alwi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School, Singapura, Raffles School dan Anglo Chinese School hingga lulus Darjah Tujuh (1914). Pada bulan Mei 1914, beliau melanjutkan pelajarannya di Othmaniah Islamiah College, Beirut dalam bidang pendidikan Arab selama setahun. Beliau turut melanjutkan pelajaran di Maktab Syrian Protestant, Syria (kini American University of Beirut) selama tiga tahun. Setelah tamat dari maktab ini, beliau memasuki Kolej Perubatan tetapi tidak sempat menamatkan pelajarannya kerana Perang Dunia Pertama.

SASTERATokoh
SYED SYEKH AHMAD AL-HADI

SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI, (1867-1934), wartawan dan penulis. Beliau lahir di Kampung Ulu, Melaka. Syed Syeikh berketurunan Arab dan tergolong sebagai orang yang berada di Melaka ketika itu. Sejak kecil, beliau dididik oleh orang tuanya dalam bidang agama. Ketika berumur 14 tahun, Syed Syeikh telah dihantar ke Riau untuk mempelajari hal yang berhubung dengan agama, bahasa Melayu dan bahasa Arab daripada Raja Ali Kelana yang kemudiannya menjadi bapa angkatnya. Kemudian, beliau dihantar ke Makkah, Beirut dan Kaherah untuk meluaskan lagi pengetahuannya. Di Kaherah, beliau berpeluang menimba pengetahuan daripada Syeikh Muhammad Abduh.

SASTERATokoh
JELUTONG PRESS

JELUTONG PRESS, syarikat percetakan Melayu. Percetakan ini ditubuhkan pada tahun 1927, berpejabat di Jelutong, Pulau Pinang oleh Syed Syekh al-Hadi dengan sokongan sahabat karibnya, Haji Abu Bakar (Haji Bacik atau Bacik Melaka).

SASTERAInstitusi/Organisasi
HIKAYAT FARIDAH HANOM

Hikayat Faridah Hanom, novel saduran yang pertama diperkenalkan dalam kesusasteraan Melayu Moden, karya Syed Sheikh al-Hadi.

SASTERAKarya
PASPAM

PASPAM, pertubuhan bercorak sosial dan kebudayaan.  Pertubuhan ini jelas mampu membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.  Nama penuh PASPAM ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya. PASPAM ditubuhkan pada bulan September 1934, hasil anjuran Syed Alwi     al-Hadi, pengarang akhbar Saudara, yang berminat terhadap kegiatan Sahabat Pena yang telah ditubuhkan melalui akhbar Saudara pada 7 April 1934.  Syed Alwi telah menjemput rakan-rakan yang berminat dalam Sahabat Pena seperti Zainal Abidin B.A., Syekh Abdullah Maghribi, Nyak Mohd. Amin, CM. Ibrahim, Syed Abdul Rahman           al-Yahya dan Syed Ali Yahya untuk sarna-sarna menggerakkan PASPAM.

SASTERAPersatuan
OTHMAN KALAM

OTHMAN KALAM (    ?   - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias.

SASTERATokoh

Kembali ke atas