MARWAN IBN AL-HAKAM | Marwan ibn al-Hakam (2 H.–65 H./623 M.– 685 M.), khalifah Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Marwan ibn al-Hakam ibn Abu al-Ash ibn Umayyah. Dia menjadi khalifah pertama yang dilantik dalam kalangan Bani al-Hakam ibn Abi al-Ash. | UMUM | |
ABU ABDULLAH AL-HAKAM | Abu Abdullah al-Hakam ( 321 H.–405 H. /933 M.–1015 M.), imam, hafiz dan pengkritik sastera serta tokoh ilmuwan. Nama penuhnya Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Hamdawayh ibn Na’im ibn al-Hakam. Dia ialah guru kepada ahli-ahli hadith seperti Abu Abdullah ibn al-Bayyi’, al-Dabbiy, al-Naysaburiy, al-Syafi’iyy dan beberapa orang pengarang. | UMUM | |
MARWAN IBN MUHAMMAD | Marwan ibn Muhammad (72 H.–132 H./ 692 M.–750 M.), khalifah Bani Umayyah yang terakhir. Nama penuhnya ialah Marwan ibn Muhammad ibn Marwan ibn al-Hakam al-Umawiy. | UMUM | |
NASIR, AL-UMAWIY AL- | Nasir, al-Umawiy al- (277–350 H./890–961 M.) ialah orang pertama memakai gelaran “ khalifah ” di kalangan pemerintah kerajaan Umawiyyah di Andalus. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam al-Rabdiy ibn Hisham ibn ‘Abd al-Rahman al-Dakhil. Dia lahir dan meninggal dunia di Cordova. Dia membesar dalam keadaan yatim di bawah jagaan datuknya. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN | Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman (207 H.–273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga. Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah sering mengadakan perundingan dengannya. Dia banyak melakukan serangan ke atas negara Perancis. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman dianggap sebagai seorang ahli balaghah dan sastera. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN AL-QASIM | Muhammad ibn al-Qasim (62 H.–98 H./681 M.– 717 M.), ketua gerakan pembukaan Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn al- Qasim ibn Muhammad ibn al-Hakam ibn Abi Aqil al- Thaqafiy. Dia adalah pembuka kota Sind dan memerintahnya pada zaman kerajaan Umayyah. Hajjaj melantik Muhammad menjadi gabenor Sind pada zaman pemerintahan al-Walid ibn ‘Abd al- Malik dan bapanya merupakan gabenor di Basrah. | UMUM | |
SURAH AL-NUR | Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 64 ayat. Ia dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al- Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan kemanusiaan yang merupakan sumber daripada cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan daripada limpahan-limpahan rahmat dan kemurahan-Nya. | UMUM | |