| SA‘ATIY AHMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN AL- | Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- (1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam, Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah, berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al- Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al- Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud- Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al- Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al- Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al- Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al- Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al- Banna meninggal dunia di Kaherah. | UMUM | |
| NASAFIY, ‘ABD AL-AZIZ AL- | Nasafiy, ‘Abd al-Aziz al- (?–563 H/?–1167 M), ahli Fiqh dan Usul Fiqh Mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘ Uthman ibn Ibrahim al-Nasafiy. Dia belajar ilmu Fiqh di Bukhara daripada Abu al-Mufakhar ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Umar dan juga daripada ulama-ulama lain. Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan Abu Sa‘id al-Tuyuriy serta Raziq ibn Mu‘awiyah. Al- Nasafiy berhijrah ke Baghdad seterusnya menuju ke Khurasan dan Transoxiana. Dia dilantik sebagai kadi di Bukhara sepanjang hayatnya dan meninggal dunia ketika masih memegang jawatan tersebut. Dia menjadi pakar rujuk dalam memberi fatwa dan juga dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Al-Nasafiy mempunyai beberapa hasil penulisan, antaranya ialah: al-Munqidh min aldahlal fi Masa’il al-Jadal; al-Fusul fi al-Fatawa dan Kifayat al-Fuhul fi ‘Ilm al-Usul. | UMUM | |
| NAFH AL-TIB | Nafh al-Tib. Buku ini adalah antara hasil karya yang diterbitkan oleh Perpustakaan al-Andalusiyyah. Nama penuh buku ini ialah Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din ibn al-Khatib. Pengarangnya Abu al-‘Abbas, Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Maqqariy al-Tilmisaniy yang juga digelar dengan nama Shihab al-Din. Kitab Nafh al-Tib menjadi tanda pengenalan kepada pengarangnya, begitu juga pengarangnya menjadi tanda pengenalan kepada kitab ini. Oleh itu, ramai yang mengenalinya hanya dengan kata-kata: “Nafh al-Tib oleh al-Maqqariy”. Ungkapan ini merupakan satu ikatan antara pengarang dengan kitabnya. Ia mengembalikan ingatan kita kepada ketinggian hasil karya yang diterbitkan daripada Perpustakaan al- ‘Arabiyyah sebagaimana yang dihasilkan oleh Ibn ‘Abd Rabbih dan kitabnya al-‘Aqad, Ibn Bassam dan kitabnya Zakhirah, Ibn Hazm dan kitabnya Tawq al- Hamamah serta para pengarang lain dari Perpustakaan al-Andalusiyyah. | UMUM | |
| SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL | Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh, nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga banyak mengarang buku. Pengarang kitab ‘Hidayat al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130 buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al- Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al- Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l- Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al- Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al- Taubikh li-Man Zam al-Tarikh. | UMUM | |
| MUNAWIY, MUHAMMAD AL- | Munawiy, Muhammad al- (952 H.–1031 H./ 1554 M.–1622 M.), pakar bahasa yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn ‘Abd al-Ra’uf Taj al-‘Arifin. Dia banyak melakukan kajian dan penulisan sehingga jatuh sakit dan tidak berdaya. Anaknya, Taj al-Din Muhammad menyambung tugasnya dengan menulis hasil karyanya. Al-Munawiy menetap di Kaherah dan meninggal dunia di sana. Dia berjaya menghasilkan kira-kira 80 buah buku. Antaranya ialah Kunuz al-Haqa’iq, Fayd al-Qadir, Sharh al-Jami‘ al-Saghir, Mukhtasar al-Taysir, Sharh Shama’il al- Tarmidhiy, Sirah ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, Sharh Alfiyyah al-‘Iraqiy, Sharh al-Qamus al-Muhit dan lain-lain lagi. | UMUM | |
| SAM'ANIY, AL- | Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al- Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal kerana telah banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bilangan gurunya melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al- Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka menurut susunan abjad. | UMUM | |
| ABU NU‘AYM AL-ASBAHANIY | Abu Nu‘aym al-Asbahaniy (336 H.–430 H./948 M.–1038 M.), penghafaz hadith, ahli sejarah dan ulama besar dalam bidang hadith yang diiktiraf oleh ramai guru. Nama sebenarnya ialah Ahmad ibn ‘Abdullah ibn Ahmad al-Mihraniy al-Asbahaniy. Dia sering bersendirian dalam usaha mendapatkan ijazah daripada gurunya sebagaimana dia bersendirian dalam mencari ilmu daripada para ulama. Ramai penghafaz hadith datang mencarinya untuk mendapatkan hadith kerana keilmuannya, kuat penjagaannya terhadap hadith dan ketinggian sanad-sanadnya. Ibn Mardawayh berkata “Tidak ada orang yang lebih tinggi hafalan serta ilmu sanad hadith selain daripadanya”. Antara karya hasil karangan Abu Nu‘aym al-Asbahaniy ialah: Hilyah al- Awliya’; al-Mustakhraj ‘ala al-Bukhariy; al-Mustakhraj ‘ala Muslim; Dala’il al-Nubuwwah; Ma‘rifah al- Sahabah; Tarikh Asbahan; Fada’il al-Sahabah; Sifat al- Hibnah wa al-Tibb dan al-Mu‘taqid . Abu Nu‘aym al- Asbahaniy hidup selama 94 tahun. | UMUM | |
| PUSAT PENYELIDIKAN HAJI | Pusat Penyelidikan Haji ialah sebuah pusat pendidikan yang membuat kajian menyeluruh tentang proses pelaksanaan haji di Makkah al- Mukarramah dan al-Madinah al-Munawwarah. Hasil kajian ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa. | UMUM | |
| MU'JAM AL-SHU'ARA' | Mu’jam al-Shu‘ara’ ialah antara hasil penyusunan penulisan tahun keempat Hijrah. Ia disusun oleh Abu ‘Ubaydullah Muhammad ibn ‘Imran al-Marzabaniy (meninggal dunia tahun 384 H. bersamaan 994 M.). Dia berasal dari Khurasan dan dibesarkan di Baghdad. Kepakarannya adalah dalam bidang penyampaian sastera dan berita. Namanya terkenal melalui buku al-Muwashshah dan Mu’jam al-Shu‘ara’. | UMUM | |
| SURAH AL-AN‘AM | Surah al-An‘am ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang keenam mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 165 ayat. Surah ini dinamakan al-An‘am (binatang ternakan) kerana di dalamnya terdapat perkataan itu, sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan mereka (orang musyrik) menguntukkan daripada hasil tanaman dan binatang-binatang ternakan yang dijadikan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian untuk berhala mereka)...”. (Surah al-An‘am 6:136) | UMUM | |