Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (al-Majid) Ar Yang Maha Sempurna (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (al-Majid) Ar Yang Maha Dimulia­kan (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Majid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
USUL AL-TAUHID

USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari.  Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid.  Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah.  Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927.  Manuskrip asli kitab ini belum ditemui.  Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak.  Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936.  Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak.  Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman.  Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa,  cetakan ini mengandungi 83 halaman.  Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa.

SASTERAKitab
KESULTANAN TERENGGANU

KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SULTAN ZAINAL ABIDIN ISULTAN ZAINAL ABIDIN I ( ? -1733), Sultan Terengganu yang pertama (1725-1733).  Baginda adalah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenal juga dengan Bendahara Padang Saujana.  Baginda adalah pengasas kesultanan Terengganu keturunan Bendahara Johor.  Berdasarkan Tahfat al-Nafis, Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua, dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Johor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas