Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Qari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-QARI‘AH

Surah al-Qari‘ah ialah salah satu surah daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-101 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

11 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qari‘ah

(hari yang menggemparkan) kerana perkara-perkara

yang menggerunkan yang diceritakan di dalam surah ini

boleh menggoncang hati pendengarnya.

UMUM 
QARI AL-HARAWIY, AL -

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an.

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Nama

penuhnya Ali ibn Muhammad Abu Hassan al-

Harawiy. Dia lahir di Hirah, kemudian berpindah

dan menetap di Makkah sehinggalah dia

meninggal dunia. Kitab-kitab yang dikarangnya

ialah Marqah al-Mafatih li Mashkah al-Masabih;

Tazkirah al- Mawdua’t; al-Masnu’ fi Ma‘rifah al-

Mawdu‘; Talkhis al-Qamus; Syarh al-Ra’iyyah fi

Rasm al-Mashaf; Syarh al-Risalah al-Qushaiyriyyah;

Anwar al-Qur’an wa Asrar al-Furqan dan

sebagainya.

UMUM 
ABU AL-ALIYAH RUFAY

Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam

yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan

ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah

Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-

Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,

usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada

zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun

mempelajari Islam. Dia sering mendengar

pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,

Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz

al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn

Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya

lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah

belajar qira’at dengannya.  Antara mereka ialah

Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal

dengan sifatnya yang zuhud, warak dan

mengelakkan diri daripada fitnah.

UMUM 
DAR QATNIY, AL-

Dar Qatniy, al- (306–385 H./918–995 M.),

pakar dalam ilmu hadith. Nama penuhnya ialah

Abu al-Hasan ‘Ali ibn ‘Umar ibn Ahmad ibn Mahdiy

ibn Mas’ud ibn an-Nu’man ibn Dinar al-Baghdadiy.

Dia seorang imam, qari, hafiz dan seorang yang

elok bacaan tajwidnya. Dia mendapat gelaran

syeikh al-Islam. Al-Dar Qatniy berasal

dari daerah Darul Qutni di Baghdad.

UMUM 

Kembali ke atas