AL-QUR'AN | Al-Quran, kitab suci agama Islam. Al-Quran juga mempunyai nama yang lain seperti al-Furqan, al-Kitab, al-Zikr, al-Nur, al-Tanzil dan al-Bayyinah. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
MUSABAQAH/TILAWAH AL-QURAN | Musabaqah Tilawah al-Qur’an, pertandingan membaca al-Qur’an. | AGAMA | Peristiwa |
SURAH AL-HADID | Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat. Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana kandungannya menceritakan tentang besi. Besi merupakan sumber kekuatan manusia dalam peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga digunakan untuk membina bangunan. Selain itu, besi boleh digunakan untuk membina jambatan besar, membuat alat perisai, pedang dan panah, kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang berat dan barang-barang lain yang berfaedah. | UMUM | |
ISKANDAR ZULKARNAIN | ISKANDAR ZULKARNAIN (sebelum Masihi), tokoh ini ada disebut di dalam al-Quran (Surah XVIII): 83-93). Cerita Iskandar Zulkarnain mulanya ditulis dalam bahasa Yunani pada sekitar abad pertama S.M. dan menjadi begitu popular sehingga terdapat banyak versi dalam pelbagai bahasa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHARIFAH AINI | SHARIFAH AINI, Datuk (1953- ), biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua. | BUDAYA | Tokoh |
PERANG MU'TAH | Perang Mu’tah berlaku antara orang Islam dengan orang Rom di Syam ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup. Antara sebab tercetusnya peperangan ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. mengutuskan seorang utusan untuk menghantar kitab al-Quran kepada raja Basrah (di Syam). Apabila utusan yang membawa kitab tersebut singgah di kampung Mu’tah, dilihat oleh Syurahbil ibn ‘Amru al-Ghassaniy lalu dia dibunuh. Mengikut peraturan pada masa itu, utusan tidak boleh dibunuh. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. berasa marah lalu Baginda menghantar satu pasukan tentera seramai 3000 orang ke Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun kelapan Hijrah. | UMUM | |
SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH | SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH (1898-1981) , ulama dan pendakwah. Dia lahir pada 11 Disember 1898 di Jalan Pisang, Singapura. Sayid Abu Bakar berasal daripada keturunan Arab Sayid al-Attas. Dia mendapat pendidikan awal dari sekolah Arab dan Melayu di Kampung Pisang, Singapura. Oleh sebab penduduk Kampung Pisang majoritinya orang Melayu, dia menjadi biasa dengan adat dan tradisi orang Melayu. Dalam usia belasan tahun Sayid Abu Bakar telah dihantar oleh keluarganya belajar di Hadramaut, Yaman, bagi mempelajari ilmu agama dan bahasa Arab. Ketika usianya 21 tahun, dia sudah hafaz sebuah al-Quran. Dia mempelajari ilmu agama dan menghafaz al-Quran di salah sebuah madrasah di Tarim, Hadramaut. Dia juga memperoleh ijazah Aliyah (Sarjana Muda). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHLI SUNAH WALJAMAAH | Ahli Sunnah Waljamaah, segolongan orang Islam yang mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam seperti yang terkandung dalam kitab suci al-Quran serta sunnah rasul-Nya. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
FARAID | Faraid, ilmu pembahagian pusaka kepada waris-waris si mati yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunah. | AGAMA | Konsep |
BIDAAH | Bidaah ialah setiap perkara termasuk amalan, aliran, fahaman dan pendapat yang baru muncul, yang tidak terdapat dalam ajaran Islam berdasarkan pada keterangan al-Quran dan al-Sunnah. | AGAMA | Konsep |