ABDURRAUF SINGKEL | Abdurrauf Singkel (1592–1693), ulama Indonesia yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama Abdurrauf Singkel diperoleh daripada ‘Abdoerraoef van Singkel’, nama yang digunakan oleh penulis-penulis Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala, Syiah Kuala, dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala. | UMUM | |
SYEKH ABDUL RAUF SINGKEL | SYEIKH ABDUL RAUF SINGKEL (1593-1695), ulama Indonesia. Beliau lahir di Aceh Selatan, Indonesia. Nama penuhnya ialah Syeikh Abdurrauf bin Syeikh Ali al-Fansuri al-Singkili al-Jawi. Ayahnya berketurunan Arab dan ibunya berasal dari Fansur, Barus, Aceh. Syeikh Abdul Rauf diberi gelaran seperti Syeikh Kuala, Syeikh di Kuala, Ciah Kuala, Tengku Ciah Kuala dan Abdurrauf van Singkel. | SASTERA | Tokoh |
ABDURRAUF SINGKEL | ABDURRAUF SINGKEL (1592-1693), ulama dan ahli Tarekat Syatariyah, Indonesia. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. | SASTERA | Konsep |
KAMUS ARAB-MELAYU AL-MARBAWI | KAMUS ARAB-MELAYU AL-MARBAWI, kamus yang dikenal juga dengan judul Qamus Idris al- Marbawi Arabi-Malayuwi. Kamus ini mempunyai dua jilid yang menyenaraikan lebih daripada 36 000 patah perkataan Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Kamus ini disusun oleh Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi. Jilid pertama diterbitkan pada tahun 1350 H. (1931) yang mengandungi 408 halaman, dan jilid kedua pada tahun 1354. (1935) yang mengandungi 407 halaman. Kedua-duanya dicetak di Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auladihi, Mesir. | BAHASA | Penerbitan |
MOHD. IDRIS AL-MARBAWI | MOHD. IDRIS AL-MARBAWI (1893-1989), pemikir dan ulama Islam, terutamanya di Mesir dan Makkah. Dia lahir pada 28 Zulkaedah 1313 H. (1893) di Makkah. Nama sebenarnya ialah Syekh Mohd. Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi.Ketika berusia 10 tahun, Mohd. Idris al-Marbawi telah menghafaz 10 juzuk al-Qur’an, di samping beberapa buah kitab yang lain. Pada tahun 1913, dia telah kembali ke tanah air bersama-sama keluarganya. | BAHASA | Tokoh |