Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61 H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M. Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan Husayn ibn ‘Ali ibn Abu Talib bersama-sama golongan yang menyokongnya dan kaum keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq. Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga dan penyokong setianya untuk bertemu dengan tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al- Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan al-Husayn syahid bersama-sama dengan pengikutnya kecuali seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al- Abidin ibn al-Husayn. |