Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah
Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan
surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.
Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana
Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi
Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula
kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya
sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat
peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang
menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan
pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya
(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-
Nya.
TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad. Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib. Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali. Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah. Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali. Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf. Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya. Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’. Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat). Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat.
Thanks for clicking. That felt good.