Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.han] | الهن

Definisi : 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : perihal alah, keadaan alah, alergi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : keadaan alah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAHAN MAKANAN

Alahan makanan ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan sebarang keadaan, daripada serangan bersin dan mata berair, hingga kepada sesak nafas, ruam merah yang gatal atau bibir dan lidah yang bengkak selepas memakan sesuatu jenis makanan.

PEMAKANANPenyakit
RINITIS ALERGI

Rinitis alergi ialah alahan yang selalu berlaku

pada musim bunga, musim panas dan musim

luruh.

UMUM 
PNEUMONIA

Pneumonia ialah sejenis penyakit paru-paru

disebabkan oleh inflamasi (keradangan). Hampir

semua kes pneumonia berpunca dari jangkitan virus,

bakteria, kulat atau lain-lain mikrob. Hanya sedikit

sahaja kes yang disebabkan oleh reaksi alahan atau

tersedut bahan kimia yang merengsa. Rencana ini

akan membincangkan tentang pneumonia yang

disebabkan oleh virus dan bakteria.

UMUM 
IMAM BONJOL, TUANKUIMAM BONJOL, Tuanku (1772-1840), ulama dan pemimpin Gerakan Padri di Minangkabau. Dia lahir di Tanjung Bunga, Lembah Alahan Panjang. Sebelum dikenal dengan nama Tuanku Imam, dia dikenal dengan nama Mohamad Syahab dan dipanggil sebagai Peto Syarif, Malim Besar dan Tuanku Muda. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANDJAR ASMARA

ANDJAR ASMARA (1902 – 1961), penulis, wartawan, pelakon sandiwara dan filem Indonesia.  Dia lahir pada 26 Februari 1902 di Alahan Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.

BUDAYAKonsep
SITI ROHANA KUDUS

SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia.  Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan.  Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus.  Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir,  tokoh nasionalis Indonesia.  Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang.  Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas