Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la/] | الق

Definisi : Kl galakan (lembu berlaga); mengalak menggalakkan, menggesa: kalau tidak dialak, kerja itu tidak akan siap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la/] | الق

Definisi : Mn; sealak-alak sesedang-sedangnya, secukupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alak

Puisi
 

Kalau ke titi dari seberang,
     Batang mancis membakar badan;
Alak hati siapa kian melarang,
     Siapatah kian dapat menahan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AWANG ALAK BETATAR SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KESULTANAN BRUNEI

KESULTANAN BRUNEI, institusi kerajaan Brunei. Kesultanan Melayu Brunei wujud pada sekitar tahun 1368. Salasilah Raja-raja Brunei menyebut bahawa Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam ialah Awang Alak Betatar. Setelah ditabal sebagai raja, baginda dikenal dengan nama Sultan Muhammad. Sumber ini menjelaskan pengislaman Brunei bermula dengan pertabalan Sultan Muhammad setelah baginda berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PENGAMBILAN SARAWAK

PENGAMBILAN SARAWAK, penjajahan James Brooke di Sarawak (sebahagian wilayah Brunei) pada tahun 1841.  Sebelum itu Sarawak adalah daerah yang diberi oleh Kesultanan Melayu Johor (Singapura Tua) kepada Kesultanan Melayu Brunei setelah Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Syah) berkahwin dengan puteri Johor pada sekitar tahun 1360-an.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PEMANCA

PEMANCA,  satu gelaran atau jawatan penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei.  Bagi Negara Brunei Darussalam, gelaran pemanca wujud dalam sistem pentadbirannya sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam pada awal abad ke-13.   Mengikut salasilah raja-raja Brunei, gelaran Pangeran Pemanca mula diadakan pada masa pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1582 – 1598).  Sebelum baginda, gelaran wazir yang ada warisan daripada Sultan Muhammad Syah (Awang Alak Betatar) ialah bendahara dan temenggung.  Sultan Hasan menambah dua orang lagi wazir, iaitu Pengeran Digadong dan Pangeran Pemanca.  Daripada bukti lisan dan Syair Awang Semaun, gelaran pangeran sebelum gelaran wazir mungkin diterapkan dalam adat diraja Brunei sezaman dengan Sultan Muhammad Syah.  Gelaran itu dipercayai adalah pengaruh Majapahit di Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas