SEJARAH ALAM MELAYU | SEJARAH ALAM MELAYU, satu siri karya persejarahan Melayu moden. Buku ini sebanyak lima jilid dan telah dihasilkan antara tahun 1925 hingga tahun 1939. Buku ini ditulis oleh Abdul Hadi Hassan dan Yusof Adil yang lebih dikenal dengan nama Buyong Adil. Daripada lima jilid itu, tiga jilid daripadanya adalah hasil penulisan Abdul Hadi, sementara Jilid IV dan Jilid V pula adalah karya Buyong Adil. Kedua-duanya pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak. Karya mereka adalah yang pertama sekali memakai judul tersebut dalam persejarahan rantau ini, sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
PONDOK | Sebahagian daripada institusi pendidikan bagi orang-orang Islam di Alam Melayu. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
PEMINJAMAN BAHASA ARAB | PEMINJAMAN BAHASA ARAB, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu. Terdapat lima bukti tentang sejarah awal kedatangan Islam dan pengaruh Arab di Alam Melayu, iaitu: | BAHASA | Konsep |
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA | ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KELANTAN | Kelantan (pend. 1 400 000), negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan negeri Perak di barat, Pahang di selatan, Terengganu di timur, Thailand di utara dan Laut China Selatan. Kelantan merupakan salah sebuah penempatan tertua di Alam Melayu. | UMUM | |
KESULTANAN MELAKA | KESULTANAN MELAKA, kesultanan pertama dan tertua di Malaysia. Dalam sejarah Alam Melayu, Kesultanan Melaka merupakan salah sebuah kesultanan yang tertua, selain Kesultanan Pasai. Kesultanan Melaka bermula sekitar tahun 1400 dan ditumpaskan oleh Portugis pada tahun 1517. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
TAREKAT NAQSYAHBANDIYAH | TAREKAT NAQSYABANDIYAH, tarekat yang tersebar di Alam Melayu. Perkataan `Naqsyabandiyah’ tidak dapat diberikan takrifan yang tepat dan tidak terdapat mana-mana penulisan yang memberikan makna sebenarnya perkataan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
HIKAYAT TAMIM AL-DARI | HIKAYAT TAMIM AL-DARI, sastera hikayat berunsur Islam. Hikayat ini berasal dari negara Arab dan telah berkembang luas sehingga ke Alam Melayu. Hikayat ini berdasarkan nama seorang tokoh zaman Islam yang menjadi salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. | SASTERA | Karya |
MEMPAWAH | MEMPAWAH, sebahagian wilayah pemerintahan Panembahan Sanggau, pemerintah di hulu Sungai kapuas Borneo. Wilayah ini tergolong dalam Alam Melayu padi abad ke-18, setelah wujudnya penguasaan Bugis di situ. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
IKAT | IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |