| LETHE | Lethe ialah satu daripada lima batang sungai di alam ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom. Sungai-sungai ini bertindak sebagai sempadan antara alam nyata dengan alam kematian. | UMUM | |
| METAFIZIK | Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya, berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan perbahasan yang terhad. | UMUM | |
| KEPERCAYAAN | KEPERCAYAAN, suatu tanggapan tentang alam nyata dan alam ghaib yang dipegang oleh orang Melayu. | BUDAYA | Konsep |
| MAKHLUK HALUS | MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain. | BUDAYA | Kepercayaan |
| CERITA FANTASTIK | CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural tadi. | SASTERA | Konsep |
| PAWANG | PAWANG, orang yang mahir dalam hal upacara magis, Lazimnya, seseorang itu hanya boleh menjadi pawang setelah mendapat 'panggilan' daripada kuasa ghaib iaitu . menerima kuasa daripada roh nenek moyang. Pawang menggunakan kuasa magis untuk pelbagai tujuan seperti mengubat orang sakit, menilik barang yang hilang dan menilik masa depan seseorang. Pawang adalah sebagai perantara alam nyata dengan alam ghaib dan mempunyai pengetahuan memanipulasi alam untuk keperluan masyarakat. Terdapat beberapa jenis pawang seperti pawang hujan, pawang bijih, pawang belat dan sebagainya. | BUDAYA | Kepercayaan |
| PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM | PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu. Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya. Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615. Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi. | BAHASA | Institusi/Organisasi |