| KAJIAN ALAM SEMULA JADI | Kajian alam semula jadi bermakna memerhati dan mempelajari benda-benda dalam alam semula jadi. | UMUM | |
| NITROGEN | Nitrogen ialah unsur kimia yang wujud dalam alam semula jadi terutamanya sebagai gas. Simbolnya ialah N. Nitrogen dalam udara adalah kira-kira 78 peratus mengikut isi padu. Daniel Rutherford, doktor Scotland, menemui nitrogen pada tahun 1772. | UMUM | |
| DEWI | Dewi ialah bidadari mitologi yang jelita yang menjaga beberapa alam semula jadi yang berbeza. | UMUM | |
| OCHO RIOS | Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. | UMUM | |
| TAMAN NEGARA | Taman negara ialah kawasan yang disimpan oleh kerajaan sesebuah negara untuk melindungi keindahan alam semula jadi, hidupan liar atau ciri-ciri luar biasa yang lain. Taman negara juga melindungi kawasan-kawasan yang penting dari segi budaya, sejarah, atau sains. Sesetengah taman melindungi keseluruhan persekitaran seperti terumbu karang, padang pasir, padang rumput, banjaran gunung, atau hutan hujan. | UMUM | |
| ANIMISME | Animisme ialah istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan semangat alam semula jadi. | UMUM | |
| O'KEEFFE, GEORGIA | O’Keeffe, Georgia (1887–1986) ialah pelukis wanita Amerika yang mendapat kebanyakan ilhamnya daripada alam semula jadi. Lukisan bunganya yang dihasilkannya sepanjang kerjayanya merupakan karyanya yang terkenal. Dia juga terkenal kerana lukisan tengkorak haiwan dan landskap gurun. Dia melukis dengan stail yang begitu tersendiri, menggunakan warna yang terang dan garang. Bentuk-bentuk yang dilukisnya begitu halus dan mudah, lazimnya dalam reka bentuk yang sangat abstrak. | UMUM | |
| METAFIZIK | Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya, berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan perbahasan yang terhad. | UMUM | |
| MOORE, HENRY | Moore, Henry (1898–1986), pengarca Inggeris. Karyanya menyerupai objek kayu atau batu yang dibentuk oleh kejadian alam semula jadi. Kebanyakannya direka cipta untuk tahan kekal di persekitaran luar. | UMUM | |
| NIOBIUM | Niobium juga dikenali sebagai kolumbium , mempunyai simbol kimia Nb. Niobium ialah unsur logam yang lembut, berwarna putih perak atau kelabu. Dalam alam semula jadi, niobium wujud bergabung dengan tantalum , satu lagi jenis logam nadir. Pembuat menggabungkan niobium dengan nikel dan keluli untuk membuat bahan struktur yang kuat yang tahan terhadap suhu tinggi. Niobium juga digunakan dalam teras reaktor nuklear tertentu kerana ia membolehkan neutron tembus dengan mudah dan boleh tahan terhadap bahan pendingin reaktor suhu tinggi. Pada suhu yang benar-benar rendah, niobium menjadi pengalir lampau, dan digunakan untuk membuat magnet pengalir lampau. | UMUM | |