RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL | RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? – 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHAH ALAM | Shah Alam (pend. 500 000), ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Shah Alam meliputi kawasan seluas 290 kilometer persegi yang menjadikannya kawasan perbandaran terbesar di negeri Selangor. Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer dari Kuala Lumpur, dan kedudukannya adalah di antara Kuala Lumpur dengan Kelang. Shah Alam turut dikenali sebagai Bandar Anggerik. | UMUM | |
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM | Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap semua aspek pemuliharaan alam di United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza. Organisasi itu ialah Countryside Council for Wales, English Nature, dan Scottish Heritage. Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan alam negara, menentukan tempat-tempat yang mempunyai kepentingan saintifik, dan bertanggungjawab kepada penentuan simpanan alam laut. | UMUM | |
ALAM | Alam ialah unit klasifikasi biologi paling besar. Semua organisma hidup tergolong dalam satu alam, tetapi tiada organisma yang tergolong dalam lebih daripada satu alam. | UMUM | |
RAJA ALAM | RAJA ALAM (? - ?), pemerintah Minangkabau pada abad ke-16. Raja Alam juga dikenal sebagai Yang Dipertuan Sakti. Berdasarkan Kaba Cindo Mato iaitu teks tradisional Minangkabau, terdapat tiga orang pemerintah Minangkabau, dan setiap seorang menguasai kawasan perlombongan emas. Raja Ibadat bersemayam di Sumpur Kudus, Raja Alam bersemayam di Pagarruyung dan Raja Adat bersemayam di Buo, di Sungai Sinamar. Mereka ini bergelar Raja nan Tigo Selo. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KAJIAN ALAM SEMULA JADI | Kajian alam semula jadi bermakna memerhati dan mempelajari benda-benda dalam alam semula jadi. | UMUM | |
LETHE | Lethe ialah satu daripada lima batang sungai di alam ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom. Sungai-sungai ini bertindak sebagai sempadan antara alam nyata dengan alam kematian. | UMUM | |
METAFIZIK | Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya, berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan perbahasan yang terhad. | UMUM | |
PENCEMARAN ALAM SEKITAR | | UMUM | |
PEMUJAAN ALAM | | UMUM | |