Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lang] | الڠ

Definisi : 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu besar (tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang, seder­hana, tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau sederhana panjangnya; sau­dara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan bukan sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa dan tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau; alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; ~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar hitam prb kalau mengerja­kan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~ menye­luk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik, buruk, besar, kecil, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2. kayu yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding): supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3. dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah; ~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat berjalan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1 kayu yg dipasang melintang (di sebelah atas) di antara dua tiang atau dinding. 2 melintang (ttg letak sesuatu); lw memanjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1 tidak terlalu besar (tua) dan tidak pula terlalu kecil (muda); sedang; tengah-tengah: keris ~ keris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2 sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak. ~ kepalang ada tetapi tidak mencukupi. alang-alang, alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alang

Puisi
 

Alang-alang mandi di dulang,
     Sayang keroncong beri bertali;
Alang-alang didengar orang,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALANG RENTAK SERIBU

ALANG RENTAK SERIBU, drama karya Syed Alwi Syed Hassan yang diterbitkan  oleh Kumpulan Seni Teater Malaysia  pada tahun 1973.

BUDAYAKonsep
MAHSURI

Mahsuri ( ? – ? ) ialah tokoh legenda Pulau

Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal

abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya

dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung

Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan ‘sumpah

tujuh keturunan’.

UMUM 
LONG JAAFAR

LONG JAAFAR (  ?  -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KEKUDA

Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang

digunakan untuk menyokong jalan raya yang

merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda

kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang

disambungkan dengan dawai dan penyokong,

biasanya lebih murah daripada membina

jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah

alang yang berkaki. Ia digunakan untuk

menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan

lukis disokong oleh rangka yang dinamakan

kekuda.

UMUM 
DAENG KEMBOJA

DAENG KEMBOJA (? -1777), Yang Dipertuan Muda Riau yang ketiga (1745). Dia lahir di Siantan. Bapanya Daeng Parani putera sulung Raja Bugis, Opu Tendribureng Daeng Rilaka. Ibu Daeng Kemboja orang Siantan, anak Nakhoda Alang.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD

RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL

SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873).  Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis.  Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854.  ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam.  Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’.  Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah.  Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa.  Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN IDRIS MURSYIDUL A'DZAM SYAH IKapsyen          :           Sultan Idris Mursyidul A’dzam Syah I

 

SULTAN IDRIS MURSYIDUL A’DZAM SYAH I (1848-1916), Sultan Perak yang ke-28 (1887-1916). Baginda diputerakan pada 19 Jun 1848 di Kuala Keboi, Kampar, Perak. Baginda adalah putera ketiga Bendahara Raja Alang Iskandar dan sepupu kepada Sultan Abdullah (1874-1876).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas