ALAT PERIKANAN LAUT | ALAT PERIKANAN LAUT, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut. Alat perikanan laut mengalami perkembangan pesat hasil daripada peningkatan teknologi dalam penangkapan ikan. | BUDAYA | Konsep |
ALAT PERIKANAN | ALAT PERIKANAN, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut, sungai, kolam dan sebagainya. | BUDAYA | Konsep |
ALAT PEMBAKAR | Alat pembakar merupakan alat relau panas yang digunakan untuk membakar sisa buangan sehingga menjadi abu. Pelbagai jenis alat pembakar telah direka bentuk untuk pembakaran pelbagai jenis sisa. Alat pembakar yang kecil digunakan untuk membakar sampah-sampah di rumah. Alat pembakar industri yang besar pula digunakan untuk melupuskan cat, minyak, kumbahan, sampah, dan bahan toksik yang dihasilkan oleh proses industri. | UMUM | |
MUZIK KLASIK | Muzik klasik ialah muzik yang ditulis khusus untuk konsert, upacara keagamaan, dan untuk opera dan balet. Muzik klasik juga termasuk muzik bagi sekumpulan alat-alat muzik – seperti orkestra simfoni – untuk persembahan suara dan untuk persembahan alat muzik berserta gabungan suara. Kadangkala muzik klasik dikenali sebagai muzik seni . Kebanyakan muzik klasik lebih kompleks daripada muzik popular, yang terdiri daripada muzik country, muzik rakyat, muzik rock dan jaz. | UMUM | |
ARTIFAK ISLAM | Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya bermaksud benda-benda yang dibuat oleh manusia atau digunakan oleh manusia berupa tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini kerana menghargai barang-barang purba, menjaga hak milik dan mengingati tuan punya, serta menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang erat dengan kecenderungan dan naluri manusia yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya serta ingin mengetahuinya. | UMUM | |
ALAT BATU | ALAT BATU, alat terawal yang dihasilkan oleh manusia sebagai senjata dan peralatan untuk membantu mereka mendapatkan dan menyediakan makanan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KAEDAH SUZUKI | Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak bagaimana bermain alat muzik tertentu pada peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini digunakan dengan meluas untuk biola dan juga alat-alat lain seperti celo, flut dan piano. | UMUM | |
ALAT SINTESIS | Alat sintesis ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi secara elektronik. Kebanyakan alat sintesis dimainkan dengan cara menggunakan keyboard (papan jari). | UMUM | |
ALAT BAHAGI | Alat bahagi ialah alat yang digunakan bagi membahagikan baris menjadi bahagian yang sama. Ia juga memindahkan dimensi dari pembaris ke peta atau lukisan. Alat bahagi memplot dan mengukur jarak sempit di antara dua titik dengan lebih tepat daripada pembaris. Ia juga dapat digunakan pada peta bagi mengukur jarak di antara dua titik berdasarkan jarak pada skala. | UMUM | |
THEREMIN | Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini menghasilkan muzik dengan menggerakkan tangan kanannya di udara di hadapan antena yang terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920. Theremin adalah semata-mata satu keanehan muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo. Penggubah muzik untuk theremin termasuk Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse. | UMUM | |