Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung, ialah tali yang mempunyai pemberat di satu hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap bata dan tukang batu sebagai panduan menegak dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat lihat yang dikenali sebagai transit pada titik tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal di kebanyakan kapal menggunakan alat yang dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk mengukur bagi kedalaman air. Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur). |