SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III ( ? -1615), Sultan Johor yang keenam (1597-1615). Baginda adalah putera Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II dengan anak Seri Nara Diraja Pahang. Nama sebenar baginda ialah Raja Mansur. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor, menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1597 dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH | SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH (1795 – 1823), Sultan Aceh (1805 – 1814, 1819 – 1823). Baginda berusia sembilan tahun ketika ayahandanya Sultan Alauddin Muhammad Syah mangkat. Bapa saudara sebelah ibunya, Tuanku Raja, memerintah sebagai pemangku raja. Baginda pernah dihantar oleh ayahandanya menetap seketika di seberang laut, di sebuah kapal British bernama ‘Nonsuch’. Baginda memperoleh pengetahuan ketenteraan laut, kemahiran tentang pengurusan kapal dan pengetahuan bahasa Inggeris. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (1455 – 1488), Sultan Melaka (1477 – 1488). Baginda diputerakan di Melaka. Merujuk beberapa versi dan resensi teks Sejarah Melayu, nama sebenar baginda ialah sama ada Raja Hussein, Raja Ahmad atau Raja Raden. Ada sumber menyebut baginda beribukan wanita Jawa. Sebelum merajai Melaka, baginda dikatakan menjadi ‘ratu’ di Klang, dan bergelar Ratu atau Raden di Klang. Gelaran ratu atau raden mengukuhkan unsur-unsur kejawaan yang ada pada baginda. Baginda ditabalkan sebagai Sultan Melaka selepas ayahandanya Sultan Mansur Syah mangkat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SYAH | Kapsyen : Sultan Alauddin Sulaiman Syah SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SYAH (1865-1938), Sultan Selangor yang kelima (1898-1938). Baginda diputerakan pada 11 September 1865 di Kuala Selangor. Raja Sulaiman adalah putera Tengku Musa ibni Sultan Abdul Samad, Raja Muda Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL JALIL SYAH III | SULTAN ABDUL JALIL SYAH III ( ? – 1677), Sultan Johor yang kelapan (1623 - 1677) yang berketurunan Sultan Melaka. Baginda adalah putera Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor. Baginda juga dikenal sebagai Raja Bujang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI | Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’ atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah (1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh. Menurut catatan Frederick de Hotman dalam bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India. | UMUM | |
SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II | SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II ( ? -1597), Sultan Johor yang kelima (1571-1597). Nama sebenar baginda ialah Raja Omar. Baginda berkahwin dengan Raja Fatimah ibni Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor menggantikan putera baginda, Sultan Abdul Jalil Syah I yang mangkat pada tahun 1570. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN MUTAHIR | TUN MUTAHIR ( ? -1510), bendahara kerajaan Melayu Melaka. Dia adalah anak Tun Ali dengan Tun Kudu, dan anak saudara kepada Tun Perak serta bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Dia dilantik menjadi Temenggung semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488). Semasa menjadi Temenggung, dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sehingga menyebabkan sultan menjadi murka. Pada tahun 1500 dia dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Mahmud Syah atas cadangan Tun Senaja, bonda sultan bagi menggantikan Bendahara Tun Putih (1498-1500). Setelah menjadi Bendahara, dia menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KOTA JOHOR LAMA | KOTA JOHOR LAMA, pusat pemerintahan awal Sultan Alauddin Riayat Syah II, Sultan Johor. Kota ini dibina pada tahun 1545 dan terletak lebih kurang 16 km dari muara Sungai Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH | SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH ( ? - 1623), Sultan Johor yang ketujuh (1615 – 1623). Baginda juga dikenal dengan panggilan Raja Bongsu, Raja Di Hilir, Yang Di Pertuan Hilir, dan Raja Seberang. Raja Abdullah adalah putera Sultan Muzaffar Syah Johor (1564 – 1570). Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah III, Raja Abdullah dipertanggungjawabkan menguruskan pentadbiran negeri. Raja Abdullah mendirikan kota kediamannya di Pangkalan Raya, Batu Sawar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |