Oaxaca, rasminya Oaxaca de Juárez (pend. 157 284) ialah ibu negeri Oaxaca, iaitu negeri di selatan Mexico. Ia terletak di kawasan yang banyak terdapat perlombongan, perladangan, dan hutan [lihat Mexico (peta politik)]. Oaxaca menjadi terkenal kerana kraftangannya. Puing dua buah bandar purba Orang Asli Amerika, Mitla dan Monte Albán, terletak berhampiran dengan Oaxaca. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa orang Aztec yang menemui Oaxaca pada tahun 1486. Namun, Orang Asli Zapotec dan Mixtec telah menetap di kawasan itu sejak zaman awal Kristian lagi. Penduduk Oaxaca kolonial menghasilkan seni bina yang menarik. |