Sonata ialah gubahan instrumental yang mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci, tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo (gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik (Bentuk sonata). |