Segi empat sama ialah rajah satah dalam geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus dan empat sudut tegak (90º) yang sama. Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama berukuran empat sentimeter panjang, maka segi empat sama tersebut boleh dipotong menjadi 4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang. Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16 sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya, 16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi b , atau b+ b, ditulis sebagai b² . Angka 2 kecil yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah diambil dua kali sebagai satu faktor. Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat. |