Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana kandungannya menceritakan mengenai mukjizat Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib, iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima surah yang bermula dengan perkataan (alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan (alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am, Saba’, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya, pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta kesempurnaan-Nya. |