ALI-ALI | Ali-ali ialah sejenis senjata yang paling kuno. Kemungkinan, tarbil merupakan senjata yang pertama direka bentuk untuk melontar batu dengan lebih kuat berbanding dengan lontaran yang mampu dilakukan oleh manusia dengan tangan. | UMUM | |
ALI AUDAH | Penterjemah dan penulis Indonesia. | SASTERA | Tokoh |
RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF | RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF (? – 1927), penulis dan tokoh agama. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Raja Ali. Dia ialah anak Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10. Gelaran ‘Kelana’ ditambah di hujung nama Raja Ali sebagai tanda dia telah dilantik sebagai calon Yang Dipertuan Muda. Walau bagaimanapun, jawatan itu akhirnya disandang oleh Raja Abdul Rahman (saudaranya berlainan ibu) akibat campur tangan Belanda. Di Riau, Raja Ali Kelana dikenal sebagai Engku Ali Johor, manakala di Johor dan Singapura, dia dikenal sebagai Engku Ali Riau. Di Pulau Penyengat, dia digelar Engku Ali Bukit. | SASTERA | Tokoh |
AKHFASH, ALI AL- | Akhfash, Ali al-( ? –315 H./? –927 M.) ialah ahli nahu. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn Sulayman ibn al-Fadl. | UMUM | |
ADONIS, ‘ALI AHMAD SA‘ID (1930– ) | Adonis, ‘Ali Ahmad Sa‘id (1930- ) ialah penyair dan pengkritik. Dia berasal dari Lubnan dan lahir di Syria. Nama sebenarnya ialah ‘Ali Ahmad Asbar tetapi dia terkenal dengan nama ‘Ali Ahmad Sa‘id atau lebih dikenali sebagai Adonis. | UMUM | |
‘ALI ‘ABD AL-RAZIQ | ‘Ali ‘Abd al-Raziq (1305 H.–1385 H./1888 M.–1966 M.), ahli fikir Mesir. Nama penuhnya ialah Syeikh ‘Ali ‘Abd al-Raziq. | UMUM | |
SURAH ALI ‘IMRAN | Surah Ali ‘Imran ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ketiga mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 200 ayat. Surah ini dinamakan Ali ‘Imran kerana terdapat kisah sebuah keluarga, iaitu keluarga Imran, bapa Maryam, ibu Nabi Isa a.s. Surah ini memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T. dengan kelahiran Maryam dan kelahiran anaknya Isa a.s. | UMUM | |
‘ALI IBN ABI TALIB | ‘Ali ‘ibn ‘Abi Talib (23 S.H.–40 H./600–661 M.), sahabat yang mulia, seorang dalam kalangan empat orang Khulafa’ al-Rasyidin dan sepupu Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah ‘Ali ‘ibn ‘Abi Talib ‘ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim ‘ibn ‘Abd Manaf. | UMUM | |
SULTAN ALI ISKANDAR SYAH | SULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALI | SULTAN ALI ( ? -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |