ALIAS ALI, DATO' | ALIAS ALI, Dato’ (1937 - ), penulis, wartawan dan ahli politik. | SASTERA | Konsep |
ALIAS HARUN | ALIAS HARUN (1939-1993), penulis. Dia lahir pada 31 Disember 1939 di Kota Baharu, Kelantan. | SASTERA | Konsep |
T. ALIAS TAIB | T. ALIAS TAIB (1943- ), penyair. Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib. Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S. dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952). Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958. Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
ZABHA | ZABHA (1910- ), wartawan. Dia lahir di Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Haji Alias. Dia adalah salah seorang yang menggerakkan Jabatan Pengarang Utusan Melayu di hari pelancaran keluaran sulung akhbar tersebut di Queen Street, Singapura pada 29 Mei 1939. Tiga orang lagi ialah Usuf Ishak, Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). | SASTERA | Tokoh |
AZIZ JAHPIN | AZIZ JAHPIN (1928 - ), wartawan, penulis dan pengarah filem. Dia lahir pada 29 Jun 19287 di Geylang Serai, Singapura. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Aziz bin Alias. Aziz Jahpin mendapat pendidikan sampai ke peringkat Sijil Persekolahan (1947). | SASTERA | Tokoh |
KRISIS | KRISIS, novel karya Alias Ali. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Federal Berhad, Kuala Lumpur, pada tahun 1966. Pada tahun 1982, novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling dengan judul yang sama, Crisis, dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | SASTERA | Karya |
PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR | PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR, pertubuhan pemuda Tanah Melayu di Indonesia. Pertubuhan ini lebih dikenal sebagai Perikatan. Perikatan ditubuhkan di Jakarta, Indonesia pada 22 Disember 1952. Perikatan dipimpin oleh Syekh Gharieb bin Syekh Raouf (ketua umum), Ahmad bin Haji Salam (wakil ketua umum), Rukiah Itam (setiausaha jeneral) dan Yaacub Alias (setiausaha I merangkap ketua penerangan). Tujuan penubuhan Perikatan adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PENULIS WARTAWAN | PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan. Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’. Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka. Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail, Ahmad Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali. Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran. | SASTERA | Karya |
OTHMAN KALAM | OTHMAN KALAM ( ? - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias. | SASTERA | Tokoh |