SURAH AL-RUM | Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun ...”. (Surah al-Rum 30:1–4) | UMUM | |
AHMAD KOTOT | AHMAD KOTOT (1894-1993), penulis. Dia lahir pada 10 Jun 1894 di Kampung Locok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Kotot dan pernah menggunakan nama pena A.N.P Damha, ABKA Pahang, Alif Ba Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang dan Malim Kerimun. | SASTERA | Konsep |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |