Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.ga.tor] | اليݢاتور

Definisi : sj reptilia besar yg rupanya seakan-akan buaya, biasanya boleh ditemui di tasik dan sungai di Amerika dan China. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.ga.tor] | اليݢاتور

Definisi : sj reptilia besar yg rupanya seakan-akan buaya, biasanya terdapat di tasik dan sungai (tempat asalnya Amerika dan China). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aligator


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALIGATOR

Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada

kaitan dengan buaya. Aligator Amerika hidup di air

dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat.

Aligator China hidup di hilir Lembah Sungai

Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat

dengan aligator ialah cayman di Amerika Tengah

dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali

sebagai aligator.

UMUM 
REPTILIAp>

Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang

kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru.

Terdapat lebih kurang 6500 spesies (jenis) reptilia,

dan ia membentuk satu daripada kelas vertebrat

(haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk

aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara.

UMUM 
BUAYA

Buaya adalah salah satu reptilia terbesar yang

masih hidup. Buaya, aligator, gavial, dan kayman

kelihatan serupa, dan kesemuanya dinamakan

famili buaya.

UMUM 

Kembali ke atas