KAPAL TERBANG MUDAH ALIH | Kapal terbang mudah alih lihat V/STOL. | UMUM | |
TELEFON SELULAR | Telefon selular ialah sejenis unit telefon mudah alih. Ia membolehkan manusia berkomunikasi di suatu kawasan yang luas dengan menggunakan gabungan radio, telefon, dan teknologi komputer. Terdapat tiga jenis telefon selular: telefon bergerak , telefon mudah angkut , dan telefon mudah alih . Telefon bergerak dipasangkan secara tetap pada kenderaan dan digerakkan oleh enjin kenderaan. Telefon mudah angkut dapat dipindahkan dan dibawa dalam sarungnya berserta bateri untuk membekalkan kuasa. Telefon mudah alih menggunakan unit kuasa bateri yang dapat dibawa dengan tangan. | UMUM | |
KHEMAH | Khemah ialah tempat perlindungan mudah alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah untuk berlindung daripada cuaca dan serangga. Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya daripada nilon, kanvas dan kain kapas. Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin yang besar yang boleh memuatkan enam orang dewasa. | UMUM | |
DANELAW | Danelaw merupakan sebuah kawasan di England yang telah diambil alih oleh orang Denmark semasa dan selepas serangan mereka pada tahun 800-an. | UMUM | |
NAIB PRESIDEN | Naib presiden ialah pegawai eksekutif kedua tertinggi dalam sesebuah kerajaan di negara- negara tertentu. Di kebanyakan negara, naib presiden mengambil alih jawatan presiden jika presiden meninggal dunia, meletakkan jawatan, disingkirkan atau hilang keupayaan. Di sesetengah negara seperti Argentina dan Amerika Syarikat, naib presiden juga berkhidmat sebagai pegawai yang mengetuai senat negara. | UMUM | |
MUJIBUR RAHMAN | Mujibur Rahman (1920–1975), menjadi perdana menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari 1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib) meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan membunuhnya pada bulan Ogos 1975. | UMUM | |
SHAKA | Shaka (1787?–1828) ialah pahlawan Zulu yang dilantik menjadi raja Zulu di selatan Afrika. Dia lahir di tenggara Afrika di kawasan penduduk Elangeni (kini Melmoth). Semasa zaman mudanya, dia berkhidmat dalam angkatan tentera Dingiswayo, raja daripada kaum Mthethwa. Pada tahun 1815, bapa Shaka, Senzangakona meninggal dunia dan Shaka mengambil alih kepimpinan kaum kecil Zulu sebelah bapanya. Pada tahun 1818, Dingiswayo telah dibunuh dan Shaka mengambil alih kepimpinan kerajaan. | UMUM | |
MILES, JOHN CAMPBELL | Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum di Queensland pada tahun 1923 dan menamakannya Mount Isa. Pada tahun 1925, Mount Isa Mines Limited mengambil alih semua pajakan di kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat Victoria, New South Wales, dan Queensland sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908. | UMUM | |
TAIWAN | Taiwan ialah sebuah pulau yang bergunung-ganang, terletak di Laut China Selatan, lebih kurang 140 kilometer dari perairan China. Orang Cina menamakan pulau ini Taiwan yang bermaksud teluk yang berteres. Hutan yang tumbuh meliar, sumber keindahan pulau ini, telah menyebabkan pelayar Portugis pada tahun 1590 menamakan pulau ini Ilha Formosa yang bermaksud pulau yang indah. Selepas Komunis China mengambil alih pemerintahan di tanah besar China pada tahun 1949, kerajaan Nasionalis China telah berpindah ke Taiwan. Presiden Parti Nasionalis China, Generalisimo Chiang Kai-shek menjadikan Taipei sebagai ibu negara Republik China. Kerajaan Nasionalis juga mengambil alih beberapa buah pulau di Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan dengan China. Pulau-pulau ini termasuk Quemoy, Matsu dan gugusan Pulau Pescadores. Pulau Quemoy dan Matsu adalah sebahagian daripada provinsi Fujian kepunyaan Tanah Besar China, tetapi ditadbir oleh Taiwan. | UMUM | |
STEYN, MARTHINUS THEUNIS | Steyn, Marthinus Theunis (1857–1916) ialah presiden terakhir bagi Orange Free State sebelum negeri tersebut menjadi sebahagian daripada Afrika Selatan. Dia telah dipilih menjadi presiden pada tahun 1896. Kebetulan, tempoh jawatan Steyn bersamaan dengan usaha Britain untuk mengambil alih Republik Boer. Sepanjang tempoh ini, dia tetap memperjuangkan kemerdekaan Boer. | UMUM | |