DISULFIRAM | Disulfiram ialah dadah yang digunakan bagi merawat alkoholisme (lihat Alkoholisme). Dadah ini juga dikenali melalui cop dagangnya, iaitu Antabuse. | UMUM | |
ALKOHOLISME | Alkoholisme ialah penyakit pada seseorang yang mempunyai keinginan yang amat kuat untuk meminum arak. | UMUM | Umum |
ANTABUSE | Antabuse ialah nama dagang ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat alkoholisme yang kronik. Nama generik ubat ini ialah disulfiram . Antabuse bukan penyembuh untuk alkoholisme. Ia dipreskripsikan untuk membantu mereka yang ingin berhenti meminum arak. | UMUM | |
SINDROM KORSAKOFF | Sindrom Korsakoff lihat Alkoholisme. | UMUM | |
DELIRIUM TREMENS | Delirium tremens yang kerap dikenali sebagai DT’s, ialah gangguan saraf dan mental akibat alkoholisme akut. Ramai orang menjadi benar-benar terganggu dan mengalami delirium tremens akibat meminum arak yang luar biasa lamanya dan banyaknya. | UMUM | |
ALCOHOLIC ANONYMOUS (A.A.) | Alcoholic Anonymous (A.A.) ialah pertubuhan seluruh dunia untuk golongan lelaki dan wanita yang saling membantu satu sama lain untuk menyelesaikan masalah alkoholisme. | UMUM | |