Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk kepada bahtera yang melindungi Noah dan keluarganya semasa Banjir Besar yang diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi, ark ialah almari yang menyimpan kitab Torah , lima kitab pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan ark berasal daripada perkataan Latin arca , yang bermakna peti , kotak , atau laci . Di Eropah, ark bermakna peti atau bakul tertutup untuk menyimpan barang berharga. Di Amerika Syarikat, ark merujuk kepada perahu leper yang besar yang digunakan semasa peluasan negara. Lihat juga Ark of the Covenant. |