ALOI | Aloi ialah bahan yang membentuk logam dan terdiri sekurang-kurangnya, satu unsur lain. Sebahagian besar daripada kebanyakan aloi mengandungi satu logam, atau logam dasar , dan sedikit komponen lain. | UMUM | |
PERAK NIKEL | Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink. Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia adalah logam berwarna kekuningan yang lebih keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam, tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya pudar setelah digunakan. | UMUM | |
PATERI | Pateri ialah sejenis logam aloi yang digunakan untuk mencantumkan permukaan (lihat Aloi). Ia juga digunakan bagi membaiki objek logam. | UMUM | |
KEBERALIRAN LAMPAU | Keberaliran lampau ialah fenomena apabila logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir lampau pada suhu setinggi –148 ° C. | UMUM | |
PIUTER | Piuter ialah aloi yang mengandungi kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih metalik seakan-akan warna perak dan keemasan yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang dibuat daripada piuter perlukan pengendalian yang cermat. | UMUM | |
PERMALOI | Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan. Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini, permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi. | UMUM | |
AMALGAM | Amalgam ialah aloi merkuri dan logam lain. Doktor gigi menggunakan perak dan amalgam berasaskan logam lain apabila menampal lubang pada gigi. Amalgam ini, mulanya lembut, berubah menjadi tampalan yang keras dan tahan lama. | UMUM | |
ALNICO | Alnico lihat Aloi. | UMUM | |
METALOGRAFI | Metalografi ialah kajian tentang struktur dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh digunakan dalam kajian tentang seramik dan komposit, iaitu gabungan logam dengan serat bukan logam. Ahli metalografi menentukan bagaimana bahan akan bertindak balas dalam keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas atau sejuk melampau. Industri bergantung pada metalografi untuk menghasilkan, menguji dan memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka mencipta bahan baru. | UMUM | |
DURALUMIN | Duralumin ialah istilah bagi mana-mana satu kumpulan aloi aluminium tembaga. | UMUM | |