ALUMINIUM | Aluminium juga dieja aluminum , ialah logam ringan berwarna perak yang boleh dibentuk menjadi hampir sebarang bentuk. Aluminium boleh digelek menjadi kepingan tebal untuk membuat kereta kebal atau menjadi kerajang nipis untuk membuat pembalut gula-gula getah. | UMUM | |
OERSTED, HANS CHRISTIAN | Oersted, Hans Christian (1777–1851), ahli fizik dan ahli kimia Denmark, yang meletakkan asas bagi sains elektrokemagnetan (lihat Elektromagnet ). Pada tahun 1820, dia mendapati bahawa jarum kompas bergetar setiap kali dia meletakkannya berdekatan dengan wayar yang membawa arus elektrik. Dia mendapati bahawa setiap pengalir yang membawa arus elektrik dikelilingi oleh medan magnet. Oersted juga dianggap telah menghasilkan aluminium yang pertama, pada tahun 1825 [lihat Aluminium ( Aluminium yang pertama)]. Dia menulis Spirit of Nature (1850). Oersted lahir di Rudk øb ing, Denmark. | UMUM | |
ALUMINA | Alumina juga dikenali sebagai aluminium oksida , ialah sebatian yang terdiri daripada aluminium dan oksigen, dan rumusnya Al2 O3 | UMUM | |
MIKA | Mika ialah nama sekumpulan mineral yang mengandungi atom aluminium, oksigen dan silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper. Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia membelah dengan licin kepingan atau lapisan menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh, mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau ungu. | UMUM | |
DURALUMIN | Duralumin ialah istilah bagi mana-mana satu kumpulan aloi aluminium tembaga. | UMUM | |
DEVILLE, HENRI ETIENNE SAINE-CLAIRE | Deville, Henri Etienne Saine-Claire lihat Aluminium (Sejarah). | UMUM | |
PERIVETAN | Perivetan ialah kaedah menyambungkan dua plat logam dengan bol tanpa bebenang yang dibuat daripada aluminium, besi, atau keluli, yang dikenali sebagai rivet. Rivet mempunyai kepala bulat di satu hujungnya. | UMUM | |
SEPUHAN | Sepuhan ialah seni menyelaputi daun emas atau habuk emas pada kaca, logam, kertas, porselin, atau bahan-bahan lain. Sepuhan juga merujuk kepada penggunaan logam seperti aluminium atau perak. | UMUM | |
KETUHAR BELANDA | Ketuhar belanda ialah periuk masak bertutup yang dibuat daripada logam. Ketuhar belanda moden biasanya dibuat daripada aluminium. | UMUM | |
TITANIUM | Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak. Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah 47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C. Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium. | UMUM | |