Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai juga yang mempelajari mata pelajaran amali, seperti psikologi pastoral, pendidikan agama, ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan, seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah kumpulan keagamaan pula menganugerahkan diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah. |