AMAT JUHARI MOAIN | ahli linguitik | BAHASA | Tokoh |
HAMZAH AWANG AMAT | | BUDAYA | Tokoh |
AMAT JUHARI MOAIN | AMAT JUHARI MOAIN (1940- ), ahli bahasa. Dia lahir 11 Februari 1940 di kampung Sungai Dulang, Rengit, Batu Pahat, Johor. | BAHASA | Konsep |
AISBERG | Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar, berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia terjadi daripada air beku segar | UMUM | |
KESAN CORIOLIS | Kesan Coriolis ialah kesan ketara putaran bumi terhadap gerakan sebarang benda yang bergerak merentasi permukaan bumi. Kesan Coriolis amat kecil untuk dirasai atau dilihat apabila seseorang itu berjalan kaki atau memandu sebuah kenderaan. Tetapi ia memberi kesan yang amat kuat terhadap laluan-laluan objek yang terbang di udara di atas permukaan bumi. | UMUM | |
RDX | RDX ialah sejenis bahan letupan yang amat berkuasa yang juga dikenali sebagai siklonit dan heksogen. | UMUM | |
TIMUR TENGAH | Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq, Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi. Penduduknya pula mencecah 262 juta orang. | UMUM | |
DIGITALIS | Digitalis ialah sejenis dadah yang amat kuat. Ia dibuat daripada daun kering purple foxglove, tumbuhan yang biasa dijumpai di kawasan pepohonan dan tama. Ia mendapat nama saintifik foxglove (lihat Foxglove). | UMUM | |
AYERS ROCK | Ayers Rock ialah singkapan batuan yang amat besar di wilayah utara Australia. Ia muncul secara tiba-tiba dari kawasan tanah rata berpasir setinggi 335 meter. Ia terletak lebih kurang 450 kilometer di tenggara Alice Springs, 867 meter di atas aras laut. Panjang batu ini melebihi 2.4 kilometer dan lebarnya pula melebihi 1.6 kilometer. Ukuran keliling batu ini di tapaknya ialah lapan kilometer. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN | Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu bahagian yang amat penting dalam sistem pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman, dan media lain. Manusia dari semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli sains, menggunakan sumber yang ada di perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar daripada orang awam turut mengunjungi perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu, ramai orang menikmati perbincangan buku, pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka. | UMUM | |