Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STIROFOAM

Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk

plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia

mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang

halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba

yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air

dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria

dan kulapuk tidak boleh merosakkannya.

UMUM 
PICASSO, PABLO

Picasso, Pablo (1881–1973) ialah pelukis yang

terkenal pada tahun 1900-an. Dia dikenali kerana

arca, lakaran, grafik, dan seramiknya. Dari

beberapa segi, dia memiliki ciri pelukis tahun

1900-an yang tipikal kerana sentiasa menyambut

baik keadaan, suasana dan cabaran yang berubah-

ubah dengan amat pantas. Gayanya yang mencari-

cari menjadikannya pelopor dalam melahirkan

kerumitan pada tahun 1900-an.

UMUM 
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN

Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman

(207 H.–273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan

Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn

Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman

lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga.

Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil

alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia

suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil

dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara

merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya

Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah

sering mengadakan perundingan dengannya. Dia

banyak melakukan serangan ke atas negara

Perancis. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman dianggap

sebagai seorang ahli balaghah dan sastera.

UMUM 

Kembali ke atas