Stradivari, Antonio (1644?–1737) ialah salah seorang daripada pembuat alat muzik yang terkemuka dalam sejarah muzik. Dia menggunakan Stradivarius, namanya dalam bahasa Latin, pada label alat muziknya. Stradivari mungkin lahir di Cremona, Itali. Dia belajar dengan Nicolo Amati, pembuat alat muzik yang terkenal, dan berkhidmat beberapa lama sebagai pembantu Amati. Sepanjang kerjayanya, Stradivari membuat lebih kurang 1100 alat. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 635 buah violin, 17 buah biola, dan 60 buah selo masih wujud. |