Mengawal berat badan ialah proses
mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan
kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh
seseorang dengan amaun senaman yang
dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan
dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin
kurang lemak dalam badan. Mengawal berat
badan mempunyai kepentingan perubatan kerana
menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa
kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah
emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku
akibat keobesan.
Reostat ialah alat yang menaikkan atau
menurunkan amaun rintangan dalam sesuatu litar
elektrik. Dengan mengubah amaun rintangan,
reostat mengawal aliran arus elektrik melalui
sesuatu litar. Banyak jenis reostat digunakan dalam
motor elektrik, pemancar radio, penjana, dan lainlain
jenis kelengkapan elektrik.
Spirometer ialah alat untuk mengukur amaun
udara apabila seseorang bernafas. Doktor
menggunakan spirometer terutamanya untuk
mendiagnosis gangguan pernafasan tertentu dan
untuk menilai rawatan.
Kelembapan ialah istilah yang memerikan
amaun wap air dalam udara. Kelembapan berbeza-beza
mengikut suhu dan tekanan udara. Semakin
panas udara, semakin banyak wap air boleh
ditampung. Apabila udara mengandungi sebanyak
wap air yang boleh ditampung pada suhu dan
tekanan tertentu, udara dikatakan tepu dengan wap
air.
Mol ialah unit yang digunakan dalam kimia untuk
mengukur amaun sesuatu bahan. Satu mol bahan
mengandungi kira-kira
602 213 670 000 000 000 000 000 (602.214 bilion
trilion) entiti unsur yang membentuk bahan itu.
Entiti ini mungkin molekul, atom, ion, elektron,
atau zarah subatom yang lain, atau kumpulan zarah.
Bilangan yang besar ini dikenali sebagai Avogadro
constant, sempena nama ahli fizik Itali, Amedeo
Avogadro.
Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod
dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin
daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang
tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan
dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di
jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai
ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan
rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.
Marl ialah nama biasa bagi batu lumpur berkapur,
iaitu sejenis batuan yang mengandungi amaun
tanah liat dan kalsit atau dolomit yang hampir-
hampir sama.
Kegravitian ialah daya tarikan yang bertindak di
antara semua objek kerana jisimnya – iaitu, amaun
jirim bahan yang membentuknya.
Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila
purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di
bawah amaun normal bagi tempoh yang lama.
Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering
semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan
pertanian, perindustrian dan persendirian
berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas
yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas
kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi
kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang
menjadi layu dan haiwan ternakan mati.
Kecekapan, dalam bidang kejuruteraan dan
fizik, ialah nisbah kerja yang dihasilkan oleh mesin
dengan amaun tenaga yang dimasukkan ke dalam
mesin.
Thanks for clicking. That felt good.