Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk gelung pada benang dan merangkaikannya antara satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum. Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000 jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis pakaian yang lain, dan langsir. |